Sunday, 19 January 2014

Arca "Liat" sebagai mercu tanda IPG Kampus Rajang 2014

Sinopsis "Liat" (4'X4' X 12')

"Liat" merupakan sebuah arca yang telah ditempa melalui bahantara kepingan besi segiempat (4'x8'x0.8mm), beberapa besi pejal dan besi "hollow" bagi mengukuhkan pembuatannya. Dengan ukuran luas dan tinggi (4'x4'x12') arca liat bukanlah semudah yang disangka pembuatannya. Seperti yang kita maklum material besi tidak semudah yang disangka pembentukannya. Teknik kimpalan pula menuntut banyak kepakaran dan ketelitian pengkaryanya. "Liat" merupakan transformasi imej sejenis haiwan kecil bernama lintah yang biasanya dikaitkan dengan unsur negatif iaitu penghisap darah. Walaubagaimanapun dari sudut persepsi positif kini dan masa depan haiwan lintah menggambarkan kewajaran, usaha-usaha yang bersungguh semua warga IPGK Rajang di samping terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan bagi mencapai kecemerlangan diri dan reputasi IPGK Rajang itu sendiri.


No comments:

Post a Comment